Monday, Oct 20, 2014

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
2
1

Login



Detik STPM 2014

Peperiksaan STPM 12.11.2014 12:00 23 Days

Kalendar Aktiviti

« < October 2014 > »
S M T W T F S
28 29 30 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1

Undian

Keberkesanan Laman Web Ini




 

Aktiviti Terkini

No events

Kata Tugas

PDFPrintE-mail



Kata Penguat dan Kata Penegas

Kata Penguat

1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.

2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

Paling

Agak

Sungguh

Amat

Terlalu

Nian

Benar


3. Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif (kata Penguat hadapan).

4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif (Kata penguat belakang).

5. Kata penguat seperti sangat, amat,

dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif ( kata penguat hadapan dan belakang) .

Contoh

1. Murid yang paling pintar di sekolah rendah itu ialah Latipah.

2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.

3. Suhu di kawasan kutub amat sejuk.

4. Kereta api itu sangat laju.

5. Rumah itu besar sangat untuk saya dan ibu.

 

Kata Penegas

Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

-kah

-lah

-tah

jua

Juga

Sahaja

hanya

memang

Lagi

Pun



Contoh

1. Itulah rumah kakak saya.

2. Apatah dayaku untuk menolongnya.

3. Barang-barang itu dibawa juga ke rumah neneknya.

4. Hanya dia yang belum membayar yuran.

5. Ayah seorang sahaja yang berbaju Melayu.


Kata Sendi Nama

1. MAKSUD

Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama.

 

2. CONTOH SENDI NAMA

Kata sendi Fungsi atau kegunaan

Di [tempat / arah]
Ke [tempat / arah / masa]
Dari [tempat / arah / masa]
Daripada [manusia / asal kejadian / sumber / ahli]
Pada [tempat / masa / benda / perkara]
Kepada [manusia / binatang / naik atau turun / pembahagian]
Demi [tujuan]
Untuk [tujuan / kepada / bahagian]
Bagi [tujuan]

3. KESALAHAN PENGGUNAAN

KATA SENDI NAMA


1
. ‘di’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda atau arah’.
(‘di’ yang dirapatkan bermaksud imbuhan ‘di….’ dan bukan kata sendi)


Salah:

-Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah)
-Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat)
-Anda sentiasa dihati saya. (benda)

Betul:
-Dia tinggal di belakang rumah saya.
-Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat.

-Anda sentiasa di hati saya.

2. ‘ke’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda, arah atau masa’.
(‘ke’ yang dirapatkan bermaksud ‘imbuhan ‘ke….’ dan bukan kata sendi)


Salah:

-Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat)
-Kami berlari kepokok itu. (benda)
-Dia merantau ketimur Semenanjung. (arah)
-Ahmad belajar dari pagi kemalam hari. (masa)

Betul:
-Dia pergi ke bandar itu semalam.
-Kami berlari ke pokok itu.
-Dia merantau ke timur Semenanjung.
-Ahmad belajar dari pagi ke malam hari.

3. ‘di’ tidak boleh diikuti dengan ‘masa/ waktu/ zaman/ tahun’. (gunakan ‘pada’)

Salah:
-Dia sampai ke Melaka di waktu malam.
-Di zaman dahulu ada raja yang zalim.

Betul:
-Dia sampai ke Melaka pada waktu malam.
-Pada zaman dahulu ada raja yang zalim.

4. ‘ke’ untuk perkara belum berlaku. ‘di’ untuk perkara sudah berlaku.

Salah:
-Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku)
-Dia telah sampai ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku)

Betul:
-Saya akan sampai ke sana sebentar lagi.
-Dia telah sampai di sana pada petang tadi.

5. . ‘dari’ hanya untuk ‘masa, arah dan tempat’. (selain itu gunakan ‘daripada’)

Salah:
-Saya sampai di sini sejak daripada petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang daripada selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal daripada Melaka . (tempat)
-Kucing itu berlari daripada pokok kelapa itu. (benda)

Betul:
-Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang dari selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal dari Melaka . (tempat)
-Kucing itu berlari dari pokok kelapa itu. (benda)


6. ‘daripada’ hanya untuk ‘manusia, asal kejadian, sumber dan ahli’.

Salah:
-Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat dari getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)

Betul:
-Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat daripada getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)

7 . ‘pada’ untuk ‘masa, benda, tampat, dan perkara.

Salah:
-Saya berlatih badminton di pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya di pokok besar itu. (benda)
-Di mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)

Betul:
-Saya berlatih badminton pada pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya pada pokok besar itu. (benda)
-Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)

8. Jika ayat mempunyai perkataan ‘ada’ hanya ‘pada’ boleh digunakan walaupun untuk manusia.

Salah:
-Buku itu ada kepada Cikgu Saleha.

Betul:
-Buku itu ada pada Cikgu Saleha.

9. ‘kepada’ digunakan untuk ‘manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian’.

Salah:
-Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu pada anak kucingnya . (binatang)
-Harga minyak telah meningkat pada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu pada tiga kumpulan . (pembahagian)

Betul:
-Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu kepada anak kucingnya . (binatang)
-Harga minyak telah meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu kepada tiga kumpulan . (pembahagian)

10. ‘demi’ dan ‘untuk’ tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja)

Salah:

-Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Betul:
-Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan.
-Saya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan.

11. Pengulangan ‘dari’ untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir.

Salah:
- Dari masa ke semasa dia sedar juga.
- Dari sehari ke hari dia membesar.
- daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha.

Betul:
- Dari semasa ke semasa dia sedar juga.
- Dari sehari ke sehari dia membesar.
- dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha.
- dari masa ke masa dia terus tekun berusaha.
- dari hari ke hari dia membesar.

12 . ‘di antara' mesti diikuti perkataan ‘dengan’.

Salah:
-Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor .
-Bandingkanlah di antara anda dan saya .
-Di antara makan dan minum , dia lebih suka minum.

Betul:
-Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor .
-Bandingkanlah di antara anda dengan saya .
-Di antara makan dengan minum , dia lebih suka minum



KATA HUBUNG

1. MAKSUD:
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

2. JENIS KATA HUBUNG:
a. Kata hubung gabungan:
Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka

b. Kata hubung pancangan:
Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila

c. Kata hubungan berpasangan :
Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG

a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan ‘serta’)

Salah:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.

Betul:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.

b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan

Salah:
-Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan.

Betul:
-Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.

c. Jika ‘atau’ digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.

Salah:
-Awak datang dari Melaka atau Johor.
-Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik.
-Pelajar itu menghisap rokok atau dadah.

Betul:
-Awak datang dari Melaka atau dari Johor.
-Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik.
-Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah.

d. ‘hingga/ sehingga’ tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ‘ke’.
(pilih salah satu sahaja)

Salah:
-Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga ke tepi jalan.

Betul:
-Dia belajar dari pagi hingga petang hari.
-Dia belajar dari pagi ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan.
-Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan.

e. ‘antara’ perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan ‘pilihan’ atau menunjukkan ‘had’ serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan ‘antara’ : Antara faktor tersebut ialah …….)

Salah:
-Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos.

Betul:
-Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos.

f. Jika ‘di antara’ digunakan untuk ‘pilihan’ atau ‘had’, gunakan ‘dengan’ sahaja. (Jangan gunakan ‘dan’ )

Salah:
-Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai.

Betul:
-Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai.

g. Tidak ada kata hubung ‘oleh kerana’ dalam bahasa Malaysia.

Salah:
-Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

Betul:
-Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan ‘tetapi’.

Salah:
-Dia kaya dan dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji dan lulus dengan cemerlang.

Betul:
-Dia kaya tetapi dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang.

i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan ‘maka’.

Salah:
-Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah.

Betul:
-Dia malas membuat ulang kaji maka dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah.

j. ‘kerana’ tidak boleh diletak di depan ayat. ‘Sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat. ‘oleh sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat.

Salah:
-Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan.

Betul:
-Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini4172
mod_vvisit_counterSemalam5843
mod_vvisit_counterMinggu Ini10015
mod_vvisit_counterMinggu Lepas45529
mod_vvisit_counterBulan Ini65939
mod_vvisit_counterBulan Lepas253959
mod_vvisit_counterKeseluruhan5581665

Hubungi

Cikgu Fairose Bt. Shamsudin

home Alamat: SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang Selangor.

phone No. Telefon : 0193300307

email Email fairose65@gmail.com


 

Penafian

Penafian : Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini Sesuai untuk paparan menggunakan perisisan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 7