[ Tukar Kawasan ]
a. Ayat Tunggal
b. Ayat Majmuk :- i. Ayat Majmuk Gabungan
ii. Ayat Majmuk Pancangan
1. Majmuk Pancangan Relatif
2. Majmuk Pancangan Komplemen
3. Majmuk Pancangan Keterangan
4. Majmuk Campuran
Pengenalan
Ayat Tunggal
Subjek = Lelaki itu
Predikat = sedang menembak burung .
(subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).
Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. |
Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara. |
Di dalam almari tali leher ayah.(pasif) |
Nama encik siapa? |
Berapakah keuntungan kita hari ini? |
AYAT MAJMUK
1. Terdiri daripada lebih daripada satu klausa
2. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau,tetapi, serta, lalu dan sebagainya.
Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa .
Cuba teliti contoh di bawah.
(1) Aminah pandai menyanyi dan menari. |
(2) Aminah pandai menyanyi |
(3) Aminah pandai menari |
Ayat yang (1) berasal daripada ayat (2) dan (3).
Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.
Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu klausa utama.
Lihat contoh berikut:
(1) Pengetahuan pemidato itu sempit, hujah-hujahnya cetek serta contoh-contoh yang dinyatakan tidak menarik. |
(2) Pengetahuan beliau sempit |
(3) Hujah-hujahnya cetek |
(4) Contoh-contoh yang dinyatakan tidak menarik. |
Ayat (1) berasal daripada daripada ayat-ayat (2), (3) dan (4).
Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung “serta”.
Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama.
Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan .
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan.
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan .
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
Jenis-Jenis Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Majmuk Pancangan
| |||||||||
Ayat Relatif
| Ayat Komplemen | Ayat Keterangan | |||||||
Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung . Perhatikan contoh berikut:
Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan “kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.
| Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Perhatikan contoh berikut:
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru'' atau ``akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.
Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif. Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.
| Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Contoh: Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman. Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman. Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan :
| |||||||
Perhatikan pula contoh yang berikut:
| Lihat contoh berikut:
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “Mancis api” atau “pembuangan putung rokok merata-rata'', maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.
Lihat contoh berikut:
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ”Mancis api'' atau “pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.
| ||||||||
Prehatikan lagi contoh berikut: Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utamaayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang. dan dijadikan
| |||||||||
Ayat Relatif
| ||
Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung. Perhatikan contoh berikut:
Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.
| ||
| ||
Prehatikan lagi contoh berikut: Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang.
|
Ayat Pancangan Komplemen
| ||||||
Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Perhatikan contoh berikut:
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “giginya sakit'' atau “membeli baju baru'' atau “akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.
Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif. Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.
| ||||||
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “Mancis api'' atau “pembuangan putung rokok merata-rata”, maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama .
Lihat contoh berikut:
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai “Mancis api'' atau “pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.
|
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.
Contoh:
Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.
Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman.
Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu
Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman.
Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang terte
Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.
Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan :
kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama. |
Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.
Biasanya, ayat jenis ini panjang.
Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan, ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.
contoh 1 :
Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1). |
(Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu, atau dua ayat utama dan satu ayat kecil.
contoh 2:
Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (U3). |
(Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil)
contoh 3:
Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun penduduk di situ cuba mengawal api (K2). |
(Ayat campuran yang mengandungi satu klausa utama dan dua ayat kecil; atau ayat tunggal dengan ayat keterangan waktu dan keterangan pertentangan).
contoh 4:
Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1) dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain menyediakan infrastruktur negara (U2). |
(Ayat campuran yang terdiri daripada ayat gabungan ayat keterangan cara).
Bibliografi
Goay Teck Chong,Choo Say Tee dan Zainuddin Ahman. 2008. Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Petaling Jaya. Pearson Longman.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj, Musa, dan Abdul Hamid Mahmud. 1993. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustka.
Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Bahasa Melayu 1.Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
http://bmmaya.blogspot.com/2009/05/ayat-majmuk-pancagan.html
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm
www.tutor.com.my. Portal Pendidikan Utusan







![]() | Hari Ini | 1461 |
![]() | Semalam | 12757 |
![]() | Minggu Ini | 41369 |
![]() | Minggu Lepas | 62797 |
![]() | Bulan Ini | 153816 |
![]() | Bulan Lepas | 203069 |
![]() | Keseluruhan | 2048591 |
Cikgu Fairose Bt. Shamsudin
Alamat: SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang Selangor.
No. Telefon : 0193300307
Email : fairose65@gmail.com