Friday, Jul 25, 2014

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
2
1

Login



Detik STPM

Peperiksaan STPM 19.11.2013 12:00 -249 Days

Kalendar Aktiviti

« < July 2014 > »
S M T W T F S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

Undian

Keberkesanan Laman Web Ini




 

Aktiviti Terkini

No events

Proses Penerbitan Ayat

PDFPrintE-mail


KONSEP AYAT TERBITAN

1. Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat dasar.Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa.

2. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.

3. Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.

 

PROSES PENGGUGURAN

1. Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan tidak lagi wajib.


Pengguguran FN sebagai subjek

1. Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.

Contoh: Awak semua pergi dari sini = Pergi dari sini.

2. Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk.

Contoh: Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar =

Dia sangat pandai kerana rajin belajar.


Pengguguran frasa predikat

1. FK yang serupa.

Contoh: Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England. =

Adik Ali dan sepupunya belajar di England.

2. FN yang serupa.

Contoh: Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara. =

Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara .

3. FA yang serupa.

Contoh: Adik saya sangat rajin, Adik Ali sangat rajin =

Adik saya dan adik Ali sangat rajin.

4. Frasa Sendi Nama yang serupa.

Contoh: Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung =

Dia dan isterinya masih di kampung.

5. Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.

(i) Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif.

Contoh: Dia dipukul oleh bapanya =

Dia dipukul .

(ii) Pengguguran kata bantu yang serupa.

Contoh: Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari =

Dia boleh menyanyi dan menari.

(iii) Penggunaan FN sebagai objek yang serupa .

Contoh: Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul dan menumbuh penjahat itu.

(iv) Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif.

Contoh: Kejadian itu sunguh menakjubkan kami =

Kejadian itu sunguh menakjubkan.

(v) Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif.

Contoh: Orang tua itu datuk Azmi .Orang tua itu memakai songkok =

Orang tua yang memakai serban itu datuk Azmi.

vi) Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN

FN penerangan bukan daripada kelas KN. KN boleh digugurkan.

Contoh : kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan =

Bersenam boleh menyihatkan badan.



PROSES PENYUSUNAN SEMULA

1. Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.

2. Mengakibatkan perubahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan.

3. Tidak membawa perubahan pada makna ayat.

4. Penyusunan semula.
(i) Berlaku melalui proses transformasi pasif.

Contoh: Ali memendang bola itu =

Bola itu di tendang oleh Ali .

(ii) Penyusunan semula FN sebagai objek
(iii) Mengandungi objek tepat dan objek sipi.

Contoh: Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku =

Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad .

(iv) Penyusunan semula melalui ayat songsang.
(v) Mengandungi keterangan tempat,masa, syarat dan musabab.

Contoh: Orang tua itu pergi ke sungai =

Ke sungai orang tua itu pergi.

 

PROSES PELUASAN

1. Penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu disebut peluasan ayat.

Peluasan FN sebagai subjek

Diluaskan melalui pemancangan ayat relatif.

Contoh: Budak itu adik saya. Budak itu membaca buku =

Budak yang membaca buku itu adik saya.

 

2. Peluasan frasa predikat

FN direlativisasikan berfungsi sebagai subjek.Ayat akan di pancangkan.

Contoh: Ali mengusik budak itu.Budak itu cantik =

Ali mengusik budak yang comel itu.

 

3. Peluasan dengan kata hubung.

Proses pengabungan ayat melibatkan 2 konstituen yang sama.

Menggunakan kata hubung seperti dan,tetapi,kerana, jika dan walaupun, menghasilkan ayat terbitan bersifat peluasan.

Contoh: Ali pergi ke sekolah. Osman pergi ke sekolah =

Ali dan Osman pergi ke sekolah.

 

4. Peluasan melalui proses komplementasi.

Proses pengubahan ayat menjadi FN dan memancang pada ayat yang lain menghasilkan peluasan kepada ayat.

Contoh: Dia melaporkan sesuatu.Ali sakit tenat =

Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.

 

Sumber : http://ramlibinyahya.blogspot.com/2009/04/sintaksis-proses-penerbitan-ayat.

 

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini2203
mod_vvisit_counterSemalam3125
mod_vvisit_counterMinggu Ini18648
mod_vvisit_counterMinggu Lepas23048
mod_vvisit_counterBulan Ini209372
mod_vvisit_counterBulan Lepas126329
mod_vvisit_counterKeseluruhan4999620

Hubungi

Cikgu Fairose Bt. Shamsudin

home Alamat: SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang Selangor.

phone No. Telefon : 0193300307

email Email fairose65@gmail.com


 

Penafian

Penafian : Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini Sesuai untuk paparan menggunakan perisisan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 7