Sunday, Sep 21, 2014

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
2
1

Login



Detik STPM

Peperiksaan STPM 19.11.2013 12:00 -307 Days

Kalendar Aktiviti

« < September 2014 > »
S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4

Undian

Keberkesanan Laman Web Ini




 

Aktiviti Terkini

No events

Nota Tambahan

PDFPrintE-mail

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN D

(ANALISIS KESALAHAN BAHASA)

Salah satu soalan yang terdapat dalam soalan Bahasa Melayu Kertas 2 STPM ialah soalan Analisis Kesalahan Bahasa, iaitu terletak dalam Bahagian D. Dalam soalan ini, satu bahan rangsangan petikan akan dikemukakan dan dalam petikan tersebut mengandungi beberapa kesalahan bahasa. Tujuan soalan ini dikemukakan adalah untuk menguji tahap penguasaan calon terhadap sistem bahasa Melayu terutama dari aspek morfologi dan sintaksis. Penilaian analisis kesalahan bahasa berasaskan
Calon dikehendaki menganalisis petikan tersebut dan mengenal pasti tiga perkara yang berikut;
#  mengenal pasti kesalahan bahasa – 1m
#  menjelaskan sebab kesalahan – 1m
#  membuat pembetulan kesalahan – 1m
Peruntukan markah untuk bahagian ini  ialah 15 markah dan calon hendaklah mengenal pasti sekurang-kurangnya 5 kesalahan bahasa dalam petikan. Keupayaan calon untuk mendapatkan markah yang  cemerlang  bergantung  pada  penguasaan  topik  sistem  bahasa  Melayu dalam Kertas Satu   iaitu tajuk Morfologi dan Sintaksis. Konsep kesalahan bahasa ialah penggunaan bahasa  yang  melanggar  peraturan bahasa sama ada  ejaan, perkataan,  susunan klausa/frasa dan  ayat. Jenis-jenis kesalahan bahasa boleh dibahagikan kepada:
1. Kesalahan ejaan:
(i)  ejaan kata asli bahasa Melayu
(ii) ejaan kata pinjaman sama ada daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa serumpun
(iii) ejaan kata majmuk (termasuk pengejaan kata majmuk yang telah mantap penggunaannya - 15 perkataan)
2. Kesalahan morfologi
(i)  Kata sendi nama
(ii) Kata bilangan
(iii) Kata pemeri
(iv)  Frasa kerja (frasa kerja transitif atau frasa kerja tak transitif)
(v)  Hukum D-M
(vi) Frasa yang lewah
3. Kesalahan sintaksis:
(i)  Ayat tergantung (ayat tiada subjek/ predikat)
(ii)  Ayat pasif (ganti nama diri pertama/ kedua atau ganti nama diri ke-3)
(iii) Struktur ayat tidak tepat
(iv)  Ayat yang kabur/ menyimpang makna
4. Kesalahan tanda baca:
(i)   tanda sempang (-)
(ii)  noktah bertindih dan sebagainya .

Sumber

Goay Teck Chong dll. Teks Pra U Bahasa Melayu  Kertas 2.  Petaling Jaya. Pearson Longman.

http://bmstpm.blogspot.com/2009/06/panduan-menjawab-soalan-bahagian-d.htm.

         

 

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini2103
mod_vvisit_counterSemalam7387
mod_vvisit_counterMinggu Ini2103
mod_vvisit_counterMinggu Lepas71135
mod_vvisit_counterBulan Ini171129
mod_vvisit_counterBulan Lepas248567
mod_vvisit_counterKeseluruhan5432896

Hubungi

Cikgu Fairose Bt. Shamsudin

home Alamat: SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang Selangor.

phone No. Telefon : 0193300307

email Email fairose65@gmail.com


 

Penafian

Penafian : Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini Sesuai untuk paparan menggunakan perisisan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 7